Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SESI DIALOG BERSAMA QUALIFIED PERSON DAN REGISTERED BUILDING DRAUGHTMAN



Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan sesi dialog bersama Qualified Persons, QP (Orang yang Berkelayakan) dan Tukang Pelan Berdaftar, RBD (Registered Building Draughtsman) yang telah diadakan pada 05 Ogos 2024 di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Latihan dan Kemahiran Kerja, Kementerian Pembangunan.

 

Turut hadir pada sesi dialog berkenaan adalah YM Puan Dr Marsita binti Omar, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa.  Sesi dialog berkenaan juga turut dihadiri pihak swasta dan agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan. 

 


S
esi Dialog yang pertama bagi tahun 2024 ini adalah usaha Jabatan Perancang Bandar dan Desa untuk meningkat kualiti perkhidmatan kepada orang ramai. Antara objektif utama sesi dialog ini adalah untuk memaklumkan berkenaan dengan:-

  1. penambahbaikan kepada proses permohonan Kebenaran Perancangan
  2. taklimat refresher yang akan disampaikan oleh Jabatan dan ahli-ahli Komiti Kawalan Kemajuan dan Penguatkuasaan.
  3. sesi demo bagi sistem eKP versi terkini
  4. makluman latihan sistem eKP versi terkini bagi QP, RBD dan agensi yang berkenaan akan diadakan pada 8 hingga 17 Ogos 2024.
  5. Sesi percubaan dan maklum balas akan diadakan mulai 18 ogos hingga 7 september 2024



    Penambahbaikan yang ditaklimatkan dikuatkuasakan pada 23 September 2024 berkenaan dengan:-
  1. Penambahbaikan bagi proses Kebenaran Perancangan bagi permohonan ulasan infrastruktur dan Jabatan Tanah
  2. Penambahbaikan proses Kebenaran Perancangan bagi Pemohononan Tambahan dan Ubahsuai, dan Perubahan pada Pelan yang diluluskan.
     

    Sila tekan muat turun taklimat-taklimat (slides)
  1. Penambahbaikan proses permohonan Kebenaran Perancangan dan kaunter Jabatan
  2. Taklimat refresher bagi permohonan Kebenaran Perancangan dan Strata
  3. Taklimat Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan
  4. Taklimat pihak ABCi
  5. Taklimat Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya
  6. Taklimat Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya
  7. Taklimat Jabatan Saliran dan Pembetungan (Bahagian Saliran)
  8. Taklimat Jabatan Saliran dan Pembetungan (Bahagaian Pembetungan)
  9. Taklimat Jabatan Tanah
  10. Taklimat Jabatan Perkhidmatan Elektrik​
Attachments